Etimologi nama Molly_Weasley

Nama "Molly" mungkin berasal daripada perkataan "mollycoddle" dalam bahasa Inggeris yang bermaksud terlalu melindungi seseorang. Arthur Weasley memanggilnya dengan nama "Mollywobbles". Ketakutannya adalah kematian anggota keluarga atau orang-orang yang disayanginya. Hal ini sangat wajar, kerana saudaranya, Gideon dan Fabian Prewett, mati terbunuh. Itu menyebabkan Molly benar-benar merisaukan keselamatan keluarganya. Setelah terjadi kekacauan ketika Piala Dunia Quidditch, Molly benar-benar takut bahawa kata terakhir yang diucapkan pada Fred dan George adalah nilai P.S.B mereka tidak cukup tinggi dan dialah satu-satunya anggota keluarga Weasley yang menangisi pemergian Percy dari rumah.